Dr. Tan Ta Sen


       

 

PESAN DARI PRESIDEN

Selamat datang ke Persatuan Zheng He Antarabangsa. Mesyuarat Agung Tahunan ke-10 Persatuan kita berlangsung pada 28hb April 2012. Dengan perlantikan anggota Majlis yang termasuk rakan-rakan yang berkaliber dan berkecekapan, maka saya menjangka banyak kegiatan akan diadakan serta kejayaan baru dicapai bagi persatuan di masa depan. Anda dapat mengenali para Anggota Majlis secara lebih dekat melalui profil mereka di website kita.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bilangan anggota tempatan dan juga seberanglaut Persatuan telah banyak bertambah dan pangkalan data kita juga telah dikemaskinikan. Saya berharap moga-moga di masa depan kelak bukan saja bilangan anggota terus bertambah tetapi lebih banyak yang menyokong kegiatan Persatuan dengan mengambil bahagian secara aktif. Kami juga ingin menghubungi serta bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan dan badan-badan yang sehaluan dari negara-negara lain. Kami juga perlu melibatkan lebih ramai pemuda yang menaruh minat terhadap Zheng He dan berkeinginan untuk memahami warisan peninggalannya di tempat-tempat yang dilawatinya dalam pelayaran-pelayarannya.

Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk mempromosikan serta mengadakan lebih banyak maklumat mengenai Zheng He, kami kini sedang menyusun semula website kami. Diharap usaha ini dapat meningkatkan pengenalan orang ramai terhadap tokoh pelayar agung ini.

Di samping itu, adalah menjadi harapan kami untuk memanfaatkan dengan sepenuhnya ruangan Pusat Budaya di tingkat 2 bangunan kami ini. Rancangan-rancangan sedang diatur untuk mengadakan bengkel kerja, seminar, ceramah, forum, tayangan wayang gambar, pameran dll untuk para anggota Persatuan.

Banyak dapat kita belajar dari semangat Zheng He. Menerusi rancangan-rancangan pendidikan, kami harap dapat memperkukuh serta memanfaatkan semangat saling berkolaborasi Zheng He untuk memajukan aman dan harmoni sedunia.

Andaikata anda mempunyai sebarang pertanyaan atau saranan dan pendapat untuk berkongsi dengan kami, janganlah ragu-ragu untuk hubungi kami melalui email kita di: infoexchange@chengho.org. Anda juga digalak membaca makalah-makalah mengenai Zheng He bersama kami.

Akhir sekali saya ucapkan selamat sejahtera, semoga anda semua berada dalam sihat wal afiat.

View in Chinese | View in English


International Zheng He Society
The International Zheng He Society
1 Venture Avenue Level 07-08
Big Box (Lift Lobby B)
Singapore 608521
Tel: (65) 6804 9711 DID: (65) 6804 9719
Email:
infoexchange@chengho.org
Website:
http://www.chengho.org http://www.chengho.org/museum/index.html